JAMBATAN TAMPARULI BUKTI MASYARAKATNYA BERTOLERANSI DI PEKAN TAMPARULI




Siapa yang tidak kenal dengan lagu Jambatan Tamparuli, yang begitu sinonim dengan nama Pekan Tamparuli yang terletak satu jam perjalanan daripada Kota Kinabalu Sabah. Tanpa dapat disangkal lagi lagu Jambatan Tamparuli dan jambatan tersebut adalah satu simbol akan Pekan Tamparuli yang mempunyai daya tarikan ia tersendiri.

Populariti Jambatan Tamparuli lebih terserlah lagi pada setiap hari rabu setiap minggu, dimana berlangsungnya aktiviti jual beli di Tamu Tamparuli. Tamu adalah satu pasar mingguan dimana segenap lapisan masyarakat akan turun ke pekan dengan tujuan sama ada membeli keperluan mereka seperti barang mentah sayur, ikan, buah-buahan dan yang lain, mahupun dengan tujuan turun ke Tamu tersebut hanya untuk berjumpa dengan kawan-kawan, bersembang di kedai kopi dan sebagainya. (Tapi yang kerja tu bah jangan pula kamu ponteng kerja untuk pigi tamu ah)

Namun disebalik popularnya Jambatan Tamparuli sebagai satu simbol pekan tersebut dan menjadi daya tarikan pelancongan, satu pekara yang menarik perhatian IKKB adalah Jambatan Tamparuli tersebut menjadi satu medium yang menunjukan sifat bertoleransi sesama penduduk di Pekan Tamparuli yang begitu kuat dan kukuh.

Pada kedudukan ataupun lokasi yang sama terdapat dua jambatan yang menghubungkan para penduduk disekitar yang dipisahkan oleh Sungai Tamparuli, jambatan gantung berfunsgi untuk menghubungkan para pejalan kaki, manakala terdapat satu lagi jambatan yang menghubungkan kenderaan darat yang sudah dibina puluhan tahun lamanya yang terdapat sejarah dan cerita disebalik pembikinanya.

Apa yang menarik dengan jambatan yang menghubungkan kenderaan tersebut, ia hanya mempunyai satu laluan sahaja untuk satu masa. Kebiasaanya jambatan yang dibina khas akan mempunyai dua laluan yang berbeza untuk melancarkan pegerakan kenderaan, namum begitu jambatan lama tersebut hanya mempunyai satu laluan sahaja.


 Disinilah dimana para pelancong sama ada  dari luar negara mahupun dalam negara pasti akan melihat satu budaya toleransi yang tinggi dikalangan penduduk di sekitar Tamparuli. Mana tidaknya memandangkan jambatan hanya mempunyai satu laluan sahaja pada satu masa untuk menghubungkan dua tebing sungai tersebut, para penguna harus mengambil giliran untuk melalui jambatan tersebut.

Ini jelas membuktikan penduduk di kawasan tersebut mengamalkan sikap toleransi yang begitu kuat sesame mereka, dan IKBB yakin budaya ini pasti dari mulanya di didik bukan sahaja daripada bangku sekolah bahkan satu faktor kuat yang menyumbang kepada sifat toleransi adalah daripada mengunakan laluan jambatan lama tersebut.

Bagi anda yang belum lagi pernah datang ke Tamparuli pastikan anda datang ke pekan tersebut cun-cun hari tiga orang sabah bilang ataupun hari rabu, barulah dapat jalan-jalan pigi tamu kan? Hehe. Bahh…Itu saja info untuk kali ini, jangan kamu lupa untuk share ni artikel dan kalau kamu mau request apa-apa info boleh email kami di infokedaikupiborneo.blogspot.com


Share:

Terima Kasih Join IKKB Team Hari ini!

Terima Kasih kami ucapkan kepada anda yang sudi melawat blog kami, kami akan pastikan berita-berita, info-info yang sensasi dan terbaru daripada Borneo akan sentiasa jadi santapan anda.
Kepada anda yang berminat untuk menjadi sebahagia daripada Team IKKB anda boleh berhubung direct dengan kami melalui
Email : infokedaikupiborneo@gmail.com



Share:

Dr. Asri Salleh : PELUANG PEKERJAAN DI SABAH HABIS DI SAPU WARGA ASING? (PTI)

Peluang pekerjaan di Sabah habis di sapu Warga Asing? Ini persoalan yang begitu sinonim di kalangan masyarakat hari ini yang sentiasa di bahaskan di bincangkan. Bukan sahaja di kedai kopi, namun di Aplikasi Whatsapp juga medium yang hangat membincangkan isu ini. Kali ini IKKB.blogspot ingin berkongsi satu dapatan kajian Akedemik dan kami juga telah mendapatkan kebenaran daripada beliau untuk menulis semula dapatan kajian yang telah dibuat oleh beliau. Artikel ini telah ditulis oleh beliau pada tahun 2008 yang lalu, namun apa yang menarik mengenai artikel ini adalah, masalah peluang pekerjaan dan kebanjiran warga asing di Sabah khususnya, masih lagi satu masalah yang tidak hilang daripada perhatian masyarakat di Sabah. Maka oleh itulah kami menulis semula dapatan ini, kerana terdapat banyak input yang harus kita sama-sama manfaatkan dan ia juga boleh di jadikan sebagai satu rujukan bagi kita untuk berhadapan dengan masalah dalaman seperti ini.

Dr.Asri Salleh adalah seorang pensyarah daripada Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi yang mempunyai kepakaran dalam Bidang "International Relation", beliau juga telah memperolehi kelayakan akedemik di peringkat "PHD" yang membawa gelaran Doktor Falsafah. 


Berikut adalah dapatan kajian beliau : 


Kebanjiran Orang Asing Dan Peluang Pekerjaan

Di Kota Kinabalu, Sabah, bukanlah luar biasa melihat kebanjiran orang asing terutama
pendatang Filipina di segenap bandar. Dari yang kecil hingga dewasa, mereka berniaga, berkerja dan berurusan seperti KK adalah bandar Zamboanga, Filipina iaitu bandar asal kebanyakan pendatang Filipina ini. Selalu juga diperhatikan mereka yang telah dtangkap dan diusir pulang akan kembali semula sepantas kilat. Boleh dirumuskan bahawa mereka ini sanggup merempuh risiko kehilangan nyawa datang ke Malaysia daripada menghadapi kemiskinan dan kebuluran di kampung sendiri.

Sungguh mereka ini bersemangat waja. Sungguh Malaysia harum di hati mereka. Orang asing di Malaysia boleh dibahagi kepada 2 kategori utama; (1) kategori pertama; ekspatriat, pelancong, pelawat dan penduduk tetap yang memilih Malaysia sebagai rumah kedua (Program Rumah Kedua Malaysia) dan (2) kategori kedua; buruh asing dan pendatang haram atau PATI. Untuk kategori pertama, kehadiran orang asing ini amat dialu-alukan. Untuk kategori kedua, kelebihan kehadiran mereka ini yang menjadi masalah dan sangat tidak dialu-alukan.

 Justeru timbul persoalan; benarkah mereka telah merampas peluang pekerjaan warga tempatan? Atau benarkah warga tempatan sendiri yang memberikan peluang pekerjaan terbabit kepada warga asing tersebut? Atau apakah mungkin masalah orang asing dan peluang pekerjaan warga tempatan yang semakin kurang merupakan isu yang sengaja diperbesar-besarkan?

Menurut laporan tahunan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) tahun 2007, kadar pengangguran di Malaysia kekal berada pada tahap 3.5% (2006) daripada 11.5 juta tenaga kerja yang tersedia di Malaysia. Jumlah guna tenaga kerja pula berjumlah 11.1 juta. Justeru hanya 3.5% (lebih kurang 380,000 orang) daripada 11.5 juta tenaga kerja ini yang menganggur. Walaupun jumlah tenaga kerja dan guna tenaga kerja masing-masing menunjukkan peningkatan dalam 200,000 – 400,000 sepanjang tahun yang dibuat kajian, kadar pengangguran kekal untuk empat tahun berturut-turut i.e. 3.5 % untuk 2004-2007. Jumlah jawatan kosong baru untuk tahun 2006 pula dianggarkan berjumlah 834,675 iaitu lebih 200% daripada sumber tenaga kerja yang ada. Jika sekalipun semua 3.5% penganggur di Malaysia itu berkerja, masih ada lagi dalam 400,000 jawatan yang kosong di mana 42% kekosongan terdapat dalam sektor perkilangan.

Laporan MIER, antara lain, menunjukkan bahawa Malaysia tidak sepatutnya menghadapi masalah pengangguran. Secara logik, ada banyak peluang kerja yang tersedia untuk semua rakyat Malaysia. Namun atas beberapa sebab tertentu, masih juga ada warga tempatan yang menganggur. Oleh itu, artikel ini ingin mengupas isu peluang pekerjaan warga tempatan yang diambil alih oleh kebanjiran orang asing kategori kedua melalui kriteria kelayakan, sikap, kadar upah dan jumlah pekerja asing.

Kelayakan
Laporan MIER menyebut majoriti pekerja asing yang dikategorikan sebagai pekerja separuh mahir dan tidak mahir berkerja dalam sektor perkilangan dan pertanian. Sebahagian besar ekspatriat pula berkerja dalam sektor perkhidmatan dan selebihnya dalam sektor perkilangan. Setakat bulan September 2006, Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan terdapat 66,900 (diploma dan ijazah) yang menganggur, yang bersamaan dengan kira-kira 4% daripada tenaga kerja siswazah atau 20% daripada jumlah pekerja yang menganggur.

 Antara faktor utama siswazah menganggur ialah; (1) kekurangan pengalaman kerja, (2) kekurangan kemahiran berkomunikasi dan IT dan (3) kelulusan dalam bidang yang kurang permintaan. Laporan MIER ini jelas menunjukkan bahawa permintaan untuk tenaga kerja di negara ini melebihi tawaran tenaga kerja yang tersedia. Ini secara langsung menyediakan peluang kepada tenaga kerja yang ada untuk bertukar kerja dan lokasi mereka pada bila-bila masa.

Kadar pusingan masuk dan keluar pekerja ini (workers’ turn-over) juga turut meningkat. Namun, pada masa sama, kadar pusingan ini adalah sesuatu yang tidak sihat terutama sekali dalam sektor kritikal seperti perkilangan dan pertanian. Memang diketahui umum bahawa kebanyakan tenaga kerja warga asing ini tidak mempunyai kelayakan, kemahiran dan syarat pendidikan yang sewajarnya. Tidak perlu dilihat jauh. Bandingkan sahaja kadar literasi Malaysia yang hampir 98% berbanding dengan kebanyakan negara asal pekerja warga asing terbabit seperti Bangladesh, Indonesia, Vietnam, Pakistan, Filipina dan Myanmar. Negara-negara ini memiliki jumlah penduduk yang besar yang tidak sepadan dengan pembangunan ekonomi dan peluang kerja yang ada. Justeru, warga asing ini tidak punya banyak pilihan selain daripada berhijrah.

Miskin dan tidak berpelajaran, buruh asing ini dikatakan mempunyai sikap dan tanggungjawab kerja yang komited dan teratur. Kekangan kewangan dan lokasi kerja mereka yang jauh dari tempat asal secara automatik menyebabkan komitmen kerja mereka kekal, tinggi dan terjamin. Contohnya, mereka tidak banyak diganggu soal tentang keadaan dan tanggungjawab keluarga di tempat asal mereka.

Ini juga menyumbang kepada kurangnya bilangan cuti yang mereka ambil. Berkurangnya bilangan cuti bermakna bertambahnya kehadiran kerja mereka. Ini juga mendorong kepada meningkatnya produktiviti dan seterusnya keuntungan majikan. Sektor perkilangan, terutama sekali, amat bergantung kepada sumber tenaga kerja yang berterusan. Contonhnya, jadual waktu kerja kilang yang beroperasi 24 jam biasanya dibahagi kepada 3-4 shif. Setiap kekurangan jumlah pekerja dalam mana-mana shif yang tidak ditampung segera akan menyebabkan produktiviti dan kelancaran kerja terganggu.

Di samping itu, kadar pertukaran kerja dan kelayakan warga tempatan yang tinggi ditambah oleh komitmen dan produktiviti mereka yang turun naik sebenarnya adalah salah satu punca yang mendorong majikan dan syarikat perniagaan lebih sanggup mengeluarkan kos permulaan yang tinggi untuk mendapatkan sumber tenaga kerja asing. Ini sekaligus menjamin kestabilan dan mengurangkan kadar perberhentian dan kehilangan pekerja. Mendapatkan sumber tenaga buruh daripada Malaysia Timur juga tidak banyak membantu mengurangkan masalah kadar workers turn-over dikalangan pekerja tempatan. Ini adalah disebabkan mod pengangkutan udara yang semakin murah dan mudah di antara Malaysia Barat dan Timur. Selari dengan kelayakan ramai pekerja tempatan yang tinggi, seolah ada tren yang menunjukkan mereka ini cenderung memilih pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan mereka. Tren pemadanan kerja dan kelayakan ini telah mewujudkan kekosongan kerja yang kritikal untuk sektor yang tidak memerlukan kelayakan tinggi. Justeru, secara asasnya, buruh asing tidak merampas peluang kerja warga tempatan. Mereka hanya mengambil jawatan yang memang sengaja dibiarkan kosong.

Sikap

Masalah sikap pekerja tempatan adalah satu masalah universal. Ia terdapat di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Tidak terkecuali di negara-negara maju seperti seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun, Kanada dan Jerman. Jika Amerika dilimpahi buruh asing Hispanic terutama sekali dari negara-negara Amerika Selatan, Jerman pula dibebani dengan isu tenaga buruh asing dari Turki.

Perkara sama juga menghantui negara Britain yang menghadapi isu kebanjiran tenaga buruh asing daripada Asia Selatan dan Asia Tenggara. Sikap buruh tempatan di negara maju ini yang memilih kerja – sama dengan buruh tempatan di Malaysia – menyediakan punca yang sama yang menyebabkan masalah kebanjiran tenaga buruh asing di negara terbabit. Kebanyakan warga tempatan samada yang mempunyai kelayakan tinggi atau tidak mempunyai sikap yang amat tidak proaktif terhadap pasaran kerja.

Ada sebilangan warga tempatan lebih sanggup menganggur daripada berkerja di tempat kerja yang tidak mempunyai penghawa dingin. Ada juga yang sanggup menganggur bertahun-tahun daripada berkerja menerima gaji yang dianggap rendah dan tidak berstatus tinggi. Lihat saja ladang-ladang pertanian dan penternakan. Jika bukan kerana badan seperti Federal Land Development Authority (FELDA) dikuasai Kerajaan, kemungkinan sekali ladang ini juga dipenuhi warga asing.
Sikap yang tidak proaktif dan tidak berinisiatif seperti inilah yang menyebabkan ramai tenaga kerja tempatan yang gagal,sengaja atau tidak, menyamai atau melebihi komitmen yang ditunjukkan oleh kebanyakan buruh asing. Tambahan pula, sikap sesetengah warga tempatan yang tidak menunjukkan kesetiaan yang tinggi dan tidak mahu meningkatkan kemahiran diri untuk faedah majikan turut menyumbang ke arah kadar mobiliti kerja mereka yang sangat tinggi.

Ada kes di mana warga tempatan melaporkan diri untuk kerja hanya pada hari pertama sahaja. Mereka tidak hadir pada hari kedua kerana telah mendapat tawaran yang lebih baik di tempat lain. Kerumitan proses undang-undang untuk membawa pekerja tempatan tadi ke muka keadilan mendorong majikan untuk membiarkan sahaja perkara ini. Sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab ini, berbanding sikap pekerja asing, mendorong majikan untuk mengurangkan kebergantungan mereka kepada warga tempatan.

Sikap tidak suka memajukan diri inilah yang mendorong Kerajaan pada tahun ini, antara lain, untuk membelanjakan RM100 juta untuk melatih tenaga kerja tempatan menjadi tenaga mahir. Dana tersebut disalurkan kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia. Setiap pelatih akan melalui latihan selama setahun di enam Akademi Binaan seluruh negara. Kerana sikap tenaga buruh tempatan, begitu banyak wang dibelanjakan Kerajaan semata-mata untuk memupuk sikap dan memahirkan skil dan daya saing mereka.

Kadar Upah

Kelayakan pendidikan ramai pekerja asing menyebabkan mereka sudi menerima gaji yang rendah jika dibandingkan dengan apa yang diminta oleh pekerja tempatan. Dari sudut ekonomi dan akaun syarikat terbabit, ini adalah sesuatu yang sangat positif. Dari satu segi yang lain pula, ini adalah merupakan sesuatu yang sangat negatif kepada pasaran tenaga buruh tempatan. Kedudukan pekerja asing yang sememangnya tidak punya banyak pilihan menyebabkan mereka reda dan rela dengan gaji dan upah yang mereka terima di Malaysia. Lagipun, bagi kebanyakan mereka ini, sebenarnya, gaji dan upah yang mereka terima jauh lebih lumayan daripada apa yang mereka dapat di negara sendiri.

Ini juga disokong oleh faktor kadar tukaran asing tinggi bagi wang Malaysia jika dibandingkan dengan nilai matawang negara asal mereka yang rendah. Semua faktor ini, antara lain, menyebabkan mereka tidak begitu ambil pusing dengan kadar upah mereka yang murah. Kadar upah yang bakal diterima mereka sebenarnya sudah diberitahu kepada mereka atau diketahui mereka sebelum mereka membuat keputusan untuk datang ke Malaysia. Kontrak perkhidmatan dan pekerjaan yang mereka tandatangani sebelum mula bekerja juga telah menyatakan kadar pergerakan gaji atau upah mereka untuk satu tempoh yang tertentu.

Konsistennya pergerakan kadar gaji mereka yang kebanyakannya rendah dan tidak pantas menaik menyebabkan ramai majikan terpikat dengan tenaga buruh asing ini. Banyak juga kes di mana pekerja asing ini tidak mengetahui, secara sengaja atau tidak, membiarkan sahaja majikan mereka “memotong” gaji mereka untuk dibuat potongan cukai, levi dan sebagainya walau sebenarnya potongan itu tidak dilakukan. Dalam sebuah rancangan temubual oleh sebuah stesen televisyen Malaysia yang menemuramah pengawal keselamatan daripada Nepal, pengawal terbabit menyatakan bahawa gaji yang diterimanya ketika itu adalah jauh lebih tinggi daripada gajinya sebagai tentera di negaranya.

Jika ditanyakan kepada tenaga buruh muda tempatan, pasti agak sukar untuk mencari mereka yang sanggup menerima gaji seorang pengawal keselamatan. Tidak menghairankan kebanyakan pengawal keselamatan yang ada di Malaysia adalah daripada golongan berumur dan sudah pencen. Apa yang dilihat sebagai sesuatu yang lumayan oleh buruh asing sebenarnya dipandang rendah oleh buruh tempatan.

Jumlah Pekerja Asing

Dianggarkan ketika ini terdapat lebih kurang 2.2 juta pekerja asing yang berdaftar di Malaysia. Ada yang menganggarkan jika dicampur tolak dengan mereka yang haram, jumlahnya dalam julat 4 juta. Di sebalik keadaan pasaran dan bekalan tenaga buruh yang berubah – ubah mengikut masa dan keadaan ekonomi semasa, tren bilangan pekerja asing ini tidak pernah menunjukkan angka menurun. Ia nampaknya sentiasa meningkat. Keperluan negara ini terhadap pekerja asing yang pada mulanya bersifat sementara tetapi mendesak sejak dua dekad lalu akhirnya telah mendorong kehadiran pekerja asing tanpa henti ke Malaysia.

Ini termasuk juga kehadiran PATI. Datuk Rahman Bakar, Timbalan Menteri Sumber Manusia, menganggarkan bahawa bilangan pendatang asing akan meningkat hampir lima kali ganda – dari 1.3 juta kepada 5 juta pada tahun 2020 jika negara terus bergantung kepada sumber tenaga asing. Tanpa memperlekehkan statistik yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkenaan jumlah tenaga buruh asing di Malaysia, statistik yang dikeluarkan oleh Bursa Buruh Elektronik juga harus perlu diambil kira.

Mengikut laporan MIER, bilangan jawatan kosong baru yang dilaporkan menerusi Bursa Buruh Elektronik (Electronic Labour Exchange – ELX) meningkat dengan ketara pada tahun 2006. Permintaan tenaga kerja meningkat dalam semua sektor utama, terutama sektor perkilangan (42% peningkatan). Kebanyakan jawatan pekerjaan yang diiklankan dalam ELX ialah pekerjaan asas (sebanyak 60%), yang lebih sesuai bagi tenaga kerja separuh dan bukan mahir.

Tidak salah untuk menafsir bahawa jumlah kekosongan jawatan buruh yang ada dalam ekonomi Malaysia berkemungkinan besar jauh lebih tinggi daripada yang dilaporkan oleh ELX. Jumlah pekerja asing sedia ada dan bakal disediakan oleh agensi pekerja asing yang kekal tinggi jumlahnya menyediakan sumber tenaga kerja yang tidak putus kepada segala sektor perniagaan Malaysia. Ini menyebabkan tenaga buruh asing, dengan jumlah mereka yang ramai, tetap terus mendahului tenaga buruh tempatan dari segi penawaran dan penerimaan kerja. Jumlah tenaga buruh tempatan, tidak dinafikan, juga meningkat. Namun malangnya ia berada pada tahap yang tidak selari dengan jumlah buruh asing.

Kesimpulan

Siapa sebenarnya yang merampas peluang kerja siapa? Jika dianalisa hujah-hujah diatas, dapat disimpulkan di sini bahawa pada mulanya bekalan tenaga buruh asing hanya berfungsi sebagai penimbal kepada lompong kekosongan besar kerja yang tidak dapat dipenuhi oleh tenaga kerja tempatan.

Selari dengan kadar sara hidup dan pendidikan yang semakin tinggi di kalangan tenaga buruh tempatan, tuntutan mereka terhadap keadaan persekitaran kerja, upah dan jawatan juga semakin tinggi. Ini sekaligus mendorong majikan yang kurang mampu untuk memenuhi permintaan tersebut untuk mengambil tenaga buruh asing. Walaupun kos permulaannya tinggi, majikan ini percaya bahawa dalam jangka masa panjang, perniagaan mereka berada dalam situasi yang selamat dan stabil.

Ini berdasarkan kepada kos buruh yang dapat dikurangkan dapat membantu meningkatkan lagi keuntungan dan sekaligus pengembangan serta produktiviti syarikat. Sikap dan kadar upah tenaga buruh asing yang tidak memilih dan tidak banyak karenah menambahkan lagi daya tarik mereka berbanding tenaga buruh tempatan yang rata-ratanya menunjukkan komitmen, kesetiaan dan produktiviti yang tidak konsisten. Sudah tentu sebagai warga tempatan, mereka seharusnya diberi keutamaan dalam penawaran kerja oleh majikan di Malaysia. Tetapi faktor ini jugalah yang menyebabkan mereka menjadi kurang menarik.

Peluang pekerjaan di Malaysia sebenarnya, secara literal dan teknikalnya, tidak dirampas oleh tenaga buruh asing ini. Secara jujur, tenaga buruh tempatanlah yang terlebih dahulu secara ikhlas memberikan atau menghadiahkan peluang kerja yang tersedia kepada tenaga asing ini. Cuma mereka kini baru sedar, bahawa pintu yang dibiarkan terbuka dulu kini amat sukar untuk ditutup mahupun dikecilkan bukaannnya. Ia kekal terbuka kerana ia telah terlalu lama dibiarkan terbuka. Sebenarnya, ia telah lama terbuka rapat.





Share:

Team KARABAW bertaraf INTERNATIONAL!

 Team Karabaw

Siapa sangka kumpulan bertaraf International lahir dari Borneo? Lain orang lain minat, ada di antara kita minat dengan sukan bola sepak, sukan permotoran, ataupun E-Sport dan macam-macam lagi. Tapi beberapa anak muda tempatan Sabah di bawah satu nama yang dikenali sebagai TEAM KARABAW mula mencuri perhatian peminat-peminat sukan lasak iaitu sukan seni mempertahankan diri yang berkonsepkan MMA (Mix Martial Art).Baru-baru ini, Team Karabaw telah menyertai kejohanan Muay Thai kebangsaan Pre Sea Game yang telah berlangsung di Straling Mall Damansara dan kejohanan Tinju Professional yang dianjurkan oleh WBC ( World Boxing Council ) bertempat di Convention Centre KL. 
Untuk penyertaan WBC Team Karabaw telah menghantar 2 peninju iaitu Kent Tham dan Lesley Albert, mereka berdua adalah anak jati Sabah yang pertama di hantar untuk menyertai kejohanan yang bertaraf antarabangsa ini.Namun begitu mereka kalah di tangan peninju yang lebih berpengalaman. Manakala untuk kejohanan Muay Thai kebangsaan pula, ( Pre Sukan Sea ) Team Karabaw telah menghantar seramai 4 orang atlit yang berjuang di bawah satu bendera Persatuan Muay Thai Sabah sendiri. Bertarung pada dua kategori yang berbeza iaitu kategori Junior dan Senior, Kenny Jafili dan Kallen Jafili telah merangkul pingat Perak dan Emas dalam kategori Junior. Manakala bagi kategori Senior, Rizal Lada dan Mohd Ghani turut merangkul pingat Emas dalam kategori berkumpulan.    


Kali ini IKKB mahu kongsikan serba sedikit mengenai Team Karabaw ini yang begitu aktif mengikuti banyak pertandingan bahkan pernah sampai di peringkat International. Wooow bukan calang-calangkan? Baru-baru ini, pihak IKKB telah interview saudara Douglas dan Vallerio  ahli Team Karabaw yang terawal dalam penubuhan kumpulan MMA ini. Berikut adalah beberapa soalan dan jawapan yang telah IKKB perolehi daripada mereka. 

1. Mengapakah Team Karabaw sendiri memilih KARABAW sebagai nama gelaran kumpulan ini?
  • Nama KARABAW sebenarnya berasal daripada bahasa tempatan (sebutan Sabahan) "Karabau" iaitu Kerbau. Haiwan tersebut banyak terdapat di Sabah dan boleh disifatkan sebagai haiwan Ikon di kalangan Sabahan dimana ia memainkan pelbagai peranan penting lebih-lebih lagi kepada Etnik KDM (Kadazan Dusun Murut). Perwatakan Kerbau itu sendiri menjadi tunggak utama dalam penubuhan Team Karabaw dimana haiwan yang kuat, tahan lasak dan hidup berkumpulan. 
2. Sudah berapa lamakah Team Karabaw ditubuhkan, dan apa idea asal disebalik penubuhan?
  • Team Karabaw telah ditubuhkan sejak 2013, manakala Team Karabaw Tamparuli pula ditubuhkan setahun selepas itu. Idea asal disebalik penubuhan Team Karabaw adalah untuk menggalakan golongan muda di Sabah khususnya untuk mempelajari seni mempertahankan diri pada kadar bayaran yang murah dan mampu untuk semua peringkat umur menyertai begitu juga dengan latar belakang pekerjaan. 
3.  Berapakah ahli yang terdapat dalam Team Karabaw sendiri pada peringkat awal dalam penubuhan Team Karabaw dan bagaimana pula jumlah ahli Team Karabaw sehingga hari ini?

  • Team Karabaw  hanya bermula dengan 50 orang ahli sahaja pada peringkat awalnya, kini Team Karabaw bukan hanya ada di daerah Tamparuli tapi kami juga telah memperluaskan cawangan Team Karabaw sendiri di beberapa kawasan lain lagi. Jumlah keseluruhan Team Karabaw hingga kini adalah sekitar 300 ahli bila kita gabungkan ahli kita yang terdapat di kawasan-kawasan yang lain.


4. Apakah Visi dan Misi Team Karabaw sendiri?

  • Visi Team Karabaw cawangan Tamparuli sendiri adalah untuk memajukan sukan seni mempertahankan diri di peringkat yang lebih tinggi di Sabah secara Amnya seterusnya di Tamparuli dan Tuaran. Fokus kami adalah untuk mempromosikan sukan seni mempertahankan diri ini dikalangan remaja dan belia untuk turut menyertai kami dalam memertabatkan sukan seni mempertahankan diri. 
  • Manakala merujuk kepada Misi pula, Misi Team Karabaw Tamparuli adalah 

5. Sejauh manakah pencapaian Team Karabaw hingga ke hari ini? IKKB difahamkan Team Karabaw pernah sampai ke pertandingan bertaraf International?

  • Pencapaian Team Karabaw Tamparuli setakat ini adalah kami pernah menghantar wakil untuk menyertai kejohanan tinju dunia WBC ( World Boxing Council ) 2017, dan juga One Silat ( 2016). Untuk penambahan lagi, beberapa Atlit Muay Thai Negeri adalah merupakan ahli Team Karabaw ini sendiri. 
6. Dari aspek kewangan seperti dana, kita semua faham untuk memulakan sesuatu seperti penubuhan Team Karabaw sendiri memerlukan sejumlah dana, dan bagaimana Team Karabaw sendiri untuk menjana ataupun mendapatkan dana pada peringkat awal penubuhan Team ini?

  • Pada peringkat awalnya, Team Karabaw sendiri hanya bermula dengan beberapa alat-alat yang Basic sahaja. Selain daripada itu, sokongan keluarga dan dorongan mereka juga antara dana yang menguatkan Team ini daripada permulaan hingga ke hari ini. Tidak lupa juga dalam penubuhan Team Karabaw ini sendiri, Head Coach Sensei Rayner Kinsiong adalah salah satu daripada individu yang penting dalam penubuhan kami pada awalnya.
7. Darpada apa yang IKKB faham MMA (Mix Martial Art) adalah gabungan beberapa cabang seni mempertahankan diri lalu dijadikan satu, so dalam Team Karabaw sendiri terdapat berapa jenis seni mempertahankan diri yang terdapat dan ditawarkan dalam Team ini sendiri?

  • Terdapat beberapa seni mempertahankan diri yang ditawarkan dalam Team Karabaw Tamparuli sendiri. Antaranya ialah, Muay Thai, KickBoxing, Boxing, Karate, Taekwondo dan MMA. Namun begitu, buat masa ini hanya kelas MMA Muay Thai, KickBoxing, dan Grappling for MMA sahaja yang di tawarkan di Team Karabaw Tamparuli. 
8. Selain daripada Tournament-tournament besar, adakah Team Karabaw sendiri menyertai mana-mana Liga perlawanan yang berlangsung setiap bulan ataupun minggu, yang dianjurkan oleh mana-mana badan sukan dan sebagainya?
  • Team Karabaw secara menyeluruh terbuka untuk menyertai mana-mana kejohanan seperti KickBoxing , Muay Thai boxing, mahupun Muay Thai. Ini adalah dalam usaha untuk menaikan lagi martabat sukan tempur ini dikalangan belia dan remaja khususnya di Sabah dan Amnya di Malaysia.Ini juga adalah salah satu daripada inisiatif untuk mengelakan persepsi negatif dimana sukan ini dianggap ganas, kasar dan merbahaya. Team Karabaw juga cuba memaksimumkan penyertaan di mana-mana pertandingan khususnya di Sabah sendiri. Jesselton Fight League (JFL) merupakan kejohanan Liga MMA yang pertama telah diadakan di Sabah sendiri begitu juga dengan STAND (Kejohanan Amatur KickBoxing dan Boxing). Secara tidak langsung Team Karabaw adalah penganjur utama kejohanan tersebut yang dibantu oleh beberapa Gym lain dan syarikat perniagaan Borneo Majubina. Untuk pengetahuan juga, kejohanan tersebut diiktiraf oleh badan Akreditasi yang menyimpan rekod kejohanan seluruh dunia iaitu WOSF ( World Series Of Fight )
9. Jika diberi peluang untuk Team Karabaw memperluaskan bidang sukan yang diceburi oleh Team ini sendiri, selain daripada persatuan sukan seni mempertahankan diri, apakah bidang sukan yang lain mungkin Team Karabaw berminat untuk mengembangkan penyertaan dan menceburi satu sukan yang lain seperti contoh mungkin Team Karabaw sendiri mahu menubuhan pasukan bola sepak atau sebagainya? 
  • Buat masa ini Team Karabaw fokus kepada sukan tempur sahaja. Walaubagaimana pun, kelas-kelas yang ditawarkan di hampir kesemua cawangan mempunyai kelas Fitness. Seperti contoh Team Karabaw cawangan Tamparuli menawarkan class Fitness dan Conditioning yang fokusnya kepada Body Weight Training dan Cardio Strenght. Team Karabaw Tamparuli juga ada menubuhkan kumpulan tarik tali yang di beri nama Karabaw Truli Tug Team. 
10. Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai Team Karabaw, bagaimanakah ataupun apa yang mereka perlu lakukan untuk menyertai Team Karabaw?
  • Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai Team Karabaw, senang saja. Mereka boleh hubungi Team Karabaw melalui Facebook yang tersedia mengikut kawasan-kawasan tertentu seperti Team Karabaw HQ (Kawasan KK), Team Karabaw Tamparuli, Team Karabaw Sipitang, Team Karabaw Putatan, Team Karabaw Papar, Team Karabaw Keningau dan juga Team Karabaw Lawas. 
11. Ini adalah soalan terakhir daripad IKKB.blogspot, apa harapan Team Karabaw sendiri di masa hadapan?
  • Harapan Team Karabaw adalah untuk menjadi peneraju dalam sukan tempur di Sabah khususnya, disamping mempromosikan sukan tempur ini dikalangan anak-anak muda di Sabah.Untuk tambahan, kami juga berharap dapat melahirkan atlit-atlit di peringkat Negeri, Kebangsaan mahupun Antarabangsa. 







IKKB.blogspot mengucapkan Syabas atas semua kejayaan yang telah dicapai oleh Team Karabaw atas perjuangan mereka untuk memartabatkan sukan tempur di peringkat yang cukup membanggakan. Siapa sangka Team bertaraf International boleh ditubuhkan oleh anak-anak muda jati Sabah sendiri hingga membawa nama Sabah sampai ke pertandingan World Class dan sekaligus mempromosikan nama Sabah sendiri kan? Bah.. Sampai disini saja perkongsian mengenai Team Karabaw, siapa-siapa yang berminat jangan lupa hubungi dorang sertai dorang untuk bawa nama Sabah ke peringkat yang lebih jauh lagi okay? Jangan lupa share ini article kioo....



Penulis JJM x RBL 
Share:

Kurang 5 Kredit dalam SPM masih boleh sambung pengajian ke peringkat DIPLOMA dengan minimum 3 kredit.

http://www.spectrum.edu.my/#/app/academicprogrammes



Banyak orang berbisik masa kita dalam mahu menduduki SPM kena achieve 5 credits at least terutamanya subjek-subjek yang teras macam Matematik, Bahasa Malaysia, Bahasa English, Science dan lain-lain. Janganlah risau its not the end of the world buat adik-adik yang baru saja habis SPM pastu result tidak sampai pun 5 credits. Ingat gagal sekali bukan bererti gagal selamanya? So kali ni IKKB.blogspot mau share something sama adik-adik..

KOLEJ ANTARABANGSA TEKNOLOGI SPECTRUM

Kolej yang bertapak di Puchong Selangor Semenanjung Malaysia, Kolej ini menawarkan qualification bermula daripada peringkat Sijil hingga program Degree. Namun apa yang IKKB boleh cadangkan bagi anda yang baru sahaja mendapatkan result SPM dan tidak memenuhi syarat 5 credits, serendah 3 credits subjek yang ditetapkan oleh mana-mana program pilihan anda, anda boleh menyambung pengajian anda ke peringkat DIPLOMA. Tempoh pengajian adalah hanya selama 2 Tahun dan 6 bulan seterusnya Latihan Industri selama 6 Bulan. Penting bagi anda tahu, sebelum anda memilih mana-mana kolej ataupun universiti anda haruslah memastikan institusi pilihan anda itu mempunya pengiktirafan MQA (Malaysian Qualification Agency). Kolej Spectrum? Yes! Kolej ini mempunyai sijil pengiktirafan MQA. 


 Seterusnya, program2 yang ditawarkan dan juga kelayakan yang diperlukan untuk satu program itu adalah seperti berikut :

      1.DIPLOMA IN ELECTRONICS ENGINEERING
  • Kelayakan yang diperlukan ialah : Lulus SPM Minimum 3 Credits termasuk matematik, science (keduanya adalah wajib) dan mana-mana subjek yang lain untuk mencukup 3 credits, dan lulus Subjek English.
     2. DIPLOMA IN MANAGEMENT
  • Kelayakan yang diperlukan ialah : Lulus SPM Minimum 3 Credits termasuk subjek Sejarah (Wajib) dan mana-mana subjek yang lain untuk mencukup 3 credits. 
     3. DIPLOMA IN RENEWABLE ENERGY MANAGEMENT
  • Kelayakan yang diperlukan ialah : Lulus SPM minimum 3 Credits termasuk subjek Matematik (Wajib) dan mana-mana subjek yang lain untuk mencukupi 3 credits.

So sekarang? Anda masih down? Tidak sudah kan? Neeh. Siapa cakap tidak cukup 5 credits SPM result tidak boleh terbangkan Topi masa convocation day? Ceeh jangan percaya cerita dogeng macam tu laa hehe. So now kenapa kamu perlu pilih untuk study di Spectrum College? Mari sini IKKB.blogspot payung reasons kenapa kamu perlu pilih kolej ni.
  1.  Kemudahan asrama disediakan secara percuma.
  2. Ticket penerbangan untuk kali pertama bagi yang dari borneo kena payung means FREE!
  3. Kemudahan pengangkutan disediakan daripada Asrama hingga ke Campus.
  4. Selepas tamat pengajian penempatan tempat bekerja juga disediakan.
  5. Digital Library dilengkapkan dengan 60,000 buku tersedia, means kamu tidak perlu turun library pun boleh cari buku rujukan oh online saja dilaptop.
  6. Pensyarah yang mengajar juga berpengalaman dan mesra sama student tauu..
  7. Fasiliti yang lengkap macam Lab dan Classes dilengkapi dengan perkakas yang cool dan awesome!
  8. Terlalu banyak keistimewaan untuk sampai sini IKKB boleh cakap dan banyak lagi.. aduh cliche kan? haha
DIGITAL LIBRARY

Satu lagi kes bila kita memilih untuk melanjutkan pelajaran di level Grand Master eh itu Mobile Legend tu. hehe. Maksud IKKB di level seterusnya selepas SPM ke peringkat diploma lepas tu kita memilih college banyak orang cakap Mahal...bla...bla..bla... Mana ada mahal? Mahal ka benda tu bila itu adalah kebaikan untuk masa depan kita? Cuba fikir? Kalau beli iphone mahal-mahal parents kita sanggup bayarkan tapi kenapa tidak untuk masa depan? 
Tapi bagi yang tidak mampu, jangan RISAU! Kita ada jalan yang tersedia dimana pinjaman pelajaran PTPTN juga boleh dimohon bagi yang layak. See? Dimana ada kemahuan disitu ada jalan kan? Bagaimana pula dengan kos satu program kan? Ok,jumlah keseluruhan kos program adalah bermula daripada RM17,500 hingga RM21,000. 
Untuk Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

Mr. Jess Joel Moriga
HP : +60143538011
EMail : jessjoelmoriga93@gmail.com

REBUT PELUANG KEDUA ANDA, INGAT GAGAL SEKALI UNTUK MENDAPATKAN 5 CREDITS DALAM SPM TIDAK BERMAKSUD GAGAL SELAMANYA OK? 

Well itu saja perkongsian kali ini selamat maju jaya dari INFOKEDIAKUPI.BLOGSPOT. 

0143538011 













Share:

Bagaimana kerajaan terbentuk?



Dalam asyik kita bercerita, berkongsi info, berhujah mengenai isu politik dan mempertahankan idelogi sesebuah parti politik, tahukah anda bagaimana sesebuah  kerajaan terbentuk?  Apakah anda tahu  perbezaan di antara Dewan Rakyat ataupun mesra dikenali sebagai Parlimen, dan juga Dewan Undangan Negeri (DUN)?

Ingin saya terangkan disini, dimana sesebuah parti politik yang ingin menubuhkan kerajaan dalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimenm dimana parti politik tersebut haruslah memenangi majoriti undi dalam pilihan raya sebagai contohnya, Malaysia. Dimana parlimen Malaysia mempunyai 222 kerusi dan untuk menubuhkan kerajaan haruslah memenangi 2/3 jumlah kerusi di dalam parlimen untuk mendapatkan kemenangan majoriti. Dengan mendapatkan kemenangan majoriti sajalah sesebuah parti politik itu boleh menubuhkan kerajaan di Malaysia. Oleh itu, setiap undi amatlah penting bagi kita sebagai rakyat Malaysia untuk mengubah atau membentuk sesebuah kerajaan melalu undi dalam pilihan raya kerana satu undi  mungkin akan mengubah masa depan anda.
Antara fungsi utama parlimen di Malaysia ialah :
1.    Membuat undang-undang yang boleh dikuat kuasakan di seluruh negara.
2.    Meluluskan undang-undang persekutuan.
3.    Menggubal Pelembagaan Persekutuan
4.    Membuat belanjawan
5.    Memeriksa dasar-dasar kerajaaan dan banyak lagi. 






Manakala Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pula terdapat sebanyak 60 kerusi dan di jangkakan ada penambahan 13 lagi kerusi DUN di Sabah pada pilihan raya akan datang. Sinario yang sama bagi sesebuah parti politik untuk menubuhkan kerajaan negeri, iaitu sesebuah parti harus memenangi kerusi DUN dengan jumlah majoriti 2/3 juga daripada 60 kerusi tersebut. Tidak terdapat banyak perbezaan peranan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dengan Parlimen Malaysia, kedua-dua tempat tersebut adalah tempat di mana para wakil-wakil rakyat bersidang dan membincangkan isu-isu kepentingan rakyat dan juga mengubal undang-undang hanya yang boleh diguna pakai di dalam negeri sahaja. Antara bidang kuasa DUN dalam penggubalan undang-undang pada peringkat negeri ialah, Undang-undang agama, perhutanan, tanah, kerajaan negeri, perpustakaan, cuti umum negeri dan lain-lain.

Konklusinya, jika anda seorang warga negara yang sudah mencapai usia 21 Tahun dan layak untuk mengundi mungkin ini adalah info yang penting untuk anda fahami bagaimana sesebuah kerajaan terbentuk dan juga kerajaan negeri. Tidak ada gunanya jika anda hebat dalam lama sosial menyuarakan sesuatu tapi pengetahuan umum macam ni pun kau tidak tau aduiii buang masa saja bosku. Tapi jika anda sudah faham tentang konsep ini dan anda peka dengan isu semasa politik yang berlaku di Malaysia mahupun di Borneo Sabah dan Sarawak, jika anda mahu melakukan anjakan paradigm, kuasa di tangan anda sebagai pengundi yang sah untuk menentukan hala tuju negara ini. Buat keputusan untuk kebaikan bersama, masa depan, dan generasi akan datang. Oh jangan lupa satu undi memainkan peranan yang penting untuk masa depan kita. Okay, sampai sini sedja la perkongsian saya dalam artikal ini teruskan bersama infokedaikupiborneo.blogspot.com untuk info-info yang patut anda tahu dan fahami okay? Uiyo macam iklan di rancangan tv pula bah okay la sekian dulu ah. Hehe


JJM x RBL 14 

Share: