Siapa yang tidak kenal dengan lagu
Jambatan Tamparuli, yang begitu sinonim dengan nama Pekan Tamparuli yang
terletak satu jam perjalanan daripada Kota Kinabalu Sabah. Tanpa dapat
disangkal lagi lagu Jambatan Tamparuli dan jambatan tersebut adalah satu simbol
akan Pekan Tamparuli yang mempunyai daya tarikan ia tersendiri.
Populariti Jambatan
Tamparuli lebih terserlah lagi pada setiap hari rabu setiap minggu, dimana
berlangsungnya aktiviti jual beli di Tamu
Tamparuli. Tamu adalah satu pasar mingguan dimana segenap lapisan
masyarakat akan turun ke pekan dengan tujuan sama ada membeli keperluan mereka
seperti barang mentah sayur, ikan, buah-buahan dan yang lain, mahupun dengan
tujuan turun ke Tamu tersebut hanya untuk berjumpa dengan kawan-kawan,
bersembang di kedai kopi dan sebagainya. (Tapi yang kerja tu bah jangan pula
kamu ponteng kerja untuk pigi tamu ah)
Namun disebalik
popularnya Jambatan Tamparuli sebagai satu simbol pekan tersebut dan menjadi
daya tarikan pelancongan, satu pekara yang menarik perhatian IKKB adalah Jambatan
Tamparuli tersebut menjadi satu medium yang menunjukan sifat bertoleransi sesama
penduduk di Pekan Tamparuli yang begitu kuat dan kukuh.
Pada kedudukan
ataupun lokasi yang sama terdapat dua jambatan yang menghubungkan para penduduk
disekitar yang dipisahkan oleh Sungai Tamparuli, jambatan gantung berfunsgi
untuk menghubungkan para pejalan kaki, manakala terdapat satu lagi jambatan
yang menghubungkan kenderaan darat yang sudah dibina puluhan tahun lamanya yang
terdapat sejarah dan cerita disebalik pembikinanya.
Apa yang menarik
dengan jambatan yang menghubungkan kenderaan tersebut, ia hanya mempunyai satu
laluan sahaja untuk satu masa. Kebiasaanya jambatan yang dibina khas akan mempunyai
dua laluan yang berbeza untuk melancarkan pegerakan kenderaan, namum begitu
jambatan lama tersebut hanya mempunyai satu laluan sahaja.
Disinilah dimana para
pelancong sama ada dari luar negara mahupun dalam negara pasti akan melihat
satu budaya toleransi yang tinggi dikalangan penduduk di sekitar Tamparuli. Mana
tidaknya memandangkan jambatan hanya mempunyai satu laluan sahaja pada satu masa
untuk menghubungkan dua tebing sungai tersebut, para penguna harus mengambil
giliran untuk melalui jambatan tersebut.
Ini jelas membuktikan
penduduk di kawasan tersebut mengamalkan sikap toleransi yang begitu kuat sesame
mereka, dan IKBB yakin budaya ini pasti dari mulanya di didik bukan sahaja
daripada bangku sekolah bahkan satu faktor kuat yang menyumbang kepada sifat
toleransi adalah daripada mengunakan laluan jambatan lama tersebut.
Bagi anda yang belum
lagi pernah datang ke Tamparuli pastikan anda datang ke pekan tersebut cun-cun
hari tiga orang sabah bilang ataupun hari rabu, barulah dapat jalan-jalan pigi
tamu kan? Hehe. Bahh…Itu saja info untuk kali ini, jangan kamu lupa untuk share
ni artikel dan kalau kamu mau request apa-apa info boleh email kami di
infokedaikupiborneo.blogspot.com
No comments:
Post a Comment