Dalam
asyik kita bercerita, berkongsi info, berhujah mengenai isu politik dan
mempertahankan idelogi sesebuah parti politik, tahukah anda bagaimana
sesebuah kerajaan terbentuk? Apakah anda tahu perbezaan di antara Dewan Rakyat ataupun
mesra dikenali sebagai Parlimen, dan juga Dewan Undangan Negeri (DUN)?
Ingin
saya terangkan disini, dimana sesebuah parti politik yang ingin menubuhkan
kerajaan dalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimenm dimana parti politik
tersebut haruslah memenangi majoriti undi dalam pilihan raya sebagai contohnya,
Malaysia. Dimana parlimen Malaysia mempunyai 222 kerusi dan untuk menubuhkan
kerajaan haruslah memenangi 2/3 jumlah kerusi di dalam parlimen untuk
mendapatkan kemenangan majoriti. Dengan mendapatkan kemenangan majoriti sajalah
sesebuah parti politik itu boleh menubuhkan kerajaan di Malaysia. Oleh itu,
setiap undi amatlah penting bagi kita sebagai rakyat Malaysia untuk mengubah
atau membentuk sesebuah kerajaan melalu undi dalam pilihan raya kerana satu
undi mungkin akan mengubah masa depan
anda.
Antara
fungsi utama parlimen di Malaysia ialah :
1. Membuat
undang-undang yang boleh dikuat kuasakan di seluruh negara.
2. Meluluskan
undang-undang persekutuan.
3. Menggubal
Pelembagaan Persekutuan
4. Membuat
belanjawan
5. Memeriksa
dasar-dasar kerajaaan dan banyak lagi.
Manakala
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pula terdapat sebanyak 60 kerusi dan di
jangkakan ada penambahan 13 lagi kerusi DUN di Sabah pada pilihan raya akan
datang. Sinario yang sama bagi sesebuah parti politik untuk menubuhkan kerajaan
negeri, iaitu sesebuah parti harus memenangi kerusi DUN dengan jumlah majoriti 2/3
juga daripada 60 kerusi tersebut. Tidak terdapat banyak perbezaan peranan Dewan
Undangan Negeri (DUN) Sabah dengan Parlimen Malaysia, kedua-dua tempat tersebut
adalah tempat di mana para wakil-wakil rakyat bersidang dan membincangkan
isu-isu kepentingan rakyat dan juga mengubal undang-undang hanya yang boleh
diguna pakai di dalam negeri sahaja. Antara
bidang kuasa DUN dalam penggubalan undang-undang pada peringkat negeri ialah, Undang-undang
agama, perhutanan, tanah, kerajaan negeri, perpustakaan, cuti umum negeri dan
lain-lain.
Konklusinya,
jika anda seorang warga negara yang sudah mencapai usia 21 Tahun dan layak
untuk mengundi mungkin ini adalah info yang penting untuk anda fahami bagaimana
sesebuah kerajaan terbentuk dan juga kerajaan negeri. Tidak ada gunanya jika
anda hebat dalam lama sosial menyuarakan sesuatu tapi pengetahuan umum macam ni pun kau tidak tau aduiii buang masa saja
bosku. Tapi jika anda sudah faham tentang konsep ini dan anda peka dengan
isu semasa politik yang berlaku di Malaysia mahupun di Borneo Sabah dan
Sarawak, jika anda mahu melakukan anjakan paradigm, kuasa di tangan anda
sebagai pengundi yang sah untuk menentukan hala tuju negara ini. Buat keputusan
untuk kebaikan bersama, masa depan, dan generasi akan datang. Oh jangan lupa
satu undi memainkan peranan yang penting untuk masa depan kita. Okay, sampai
sini sedja la perkongsian saya dalam artikal ini teruskan bersama
infokedaikupiborneo.blogspot.com untuk info-info yang patut anda tahu dan
fahami okay? Uiyo macam iklan di rancangan tv pula bah okay la sekian dulu ah.
Hehe
JJM
x RBL 14
No comments:
Post a Comment