Siapa sangka kumpulan bertaraf International lahir dari Borneo? Lain orang lain minat, ada di antara kita minat dengan sukan bola sepak, sukan permotoran, ataupun E-Sport dan macam-macam lagi. Tapi beberapa anak muda tempatan Sabah di bawah satu nama yang dikenali sebagai TEAM KARABAW mula mencuri perhatian peminat-peminat sukan lasak iaitu sukan seni mempertahankan diri yang berkonsepkan MMA (Mix Martial Art).Baru-baru ini, Team Karabaw telah menyertai kejohanan Muay Thai kebangsaan Pre Sea Game yang telah berlangsung di Straling Mall Damansara dan kejohanan Tinju Professional yang dianjurkan oleh WBC ( World Boxing Council ) bertempat di Convention Centre KL.
Untuk penyertaan WBC Team Karabaw telah menghantar 2 peninju iaitu Kent Tham dan Lesley Albert, mereka berdua adalah anak jati Sabah yang pertama di hantar untuk menyertai kejohanan yang bertaraf antarabangsa ini.Namun begitu mereka kalah di tangan peninju yang lebih berpengalaman. Manakala untuk kejohanan Muay Thai kebangsaan pula, ( Pre Sukan Sea ) Team Karabaw telah menghantar seramai 4 orang atlit yang berjuang di bawah satu bendera Persatuan Muay Thai Sabah sendiri. Bertarung pada dua kategori yang berbeza iaitu kategori Junior dan Senior, Kenny Jafili dan Kallen Jafili telah merangkul pingat Perak dan Emas dalam kategori Junior. Manakala bagi kategori Senior, Rizal Lada dan Mohd Ghani turut merangkul pingat Emas dalam kategori berkumpulan.
Kali ini IKKB mahu kongsikan serba sedikit mengenai Team Karabaw ini yang begitu aktif mengikuti banyak pertandingan bahkan pernah sampai di peringkat International. Wooow bukan calang-calangkan? Baru-baru ini, pihak IKKB telah interview saudara Douglas dan Vallerio ahli Team Karabaw yang terawal dalam penubuhan kumpulan MMA ini. Berikut adalah beberapa soalan dan jawapan yang telah IKKB perolehi daripada mereka.
Untuk penyertaan WBC Team Karabaw telah menghantar 2 peninju iaitu Kent Tham dan Lesley Albert, mereka berdua adalah anak jati Sabah yang pertama di hantar untuk menyertai kejohanan yang bertaraf antarabangsa ini.Namun begitu mereka kalah di tangan peninju yang lebih berpengalaman. Manakala untuk kejohanan Muay Thai kebangsaan pula, ( Pre Sukan Sea ) Team Karabaw telah menghantar seramai 4 orang atlit yang berjuang di bawah satu bendera Persatuan Muay Thai Sabah sendiri. Bertarung pada dua kategori yang berbeza iaitu kategori Junior dan Senior, Kenny Jafili dan Kallen Jafili telah merangkul pingat Perak dan Emas dalam kategori Junior. Manakala bagi kategori Senior, Rizal Lada dan Mohd Ghani turut merangkul pingat Emas dalam kategori berkumpulan.
Kali ini IKKB mahu kongsikan serba sedikit mengenai Team Karabaw ini yang begitu aktif mengikuti banyak pertandingan bahkan pernah sampai di peringkat International. Wooow bukan calang-calangkan? Baru-baru ini, pihak IKKB telah interview saudara Douglas dan Vallerio ahli Team Karabaw yang terawal dalam penubuhan kumpulan MMA ini. Berikut adalah beberapa soalan dan jawapan yang telah IKKB perolehi daripada mereka.
1. Mengapakah Team Karabaw sendiri memilih KARABAW sebagai nama gelaran kumpulan ini?
- Nama KARABAW sebenarnya berasal daripada bahasa tempatan (sebutan Sabahan) "Karabau" iaitu Kerbau. Haiwan tersebut banyak terdapat di Sabah dan boleh disifatkan sebagai haiwan Ikon di kalangan Sabahan dimana ia memainkan pelbagai peranan penting lebih-lebih lagi kepada Etnik KDM (Kadazan Dusun Murut). Perwatakan Kerbau itu sendiri menjadi tunggak utama dalam penubuhan Team Karabaw dimana haiwan yang kuat, tahan lasak dan hidup berkumpulan.
2. Sudah berapa lamakah Team Karabaw ditubuhkan, dan apa idea asal disebalik penubuhan?
- Team Karabaw telah ditubuhkan sejak 2013, manakala Team Karabaw Tamparuli pula ditubuhkan setahun selepas itu. Idea asal disebalik penubuhan Team Karabaw adalah untuk menggalakan golongan muda di Sabah khususnya untuk mempelajari seni mempertahankan diri pada kadar bayaran yang murah dan mampu untuk semua peringkat umur menyertai begitu juga dengan latar belakang pekerjaan.
- Team Karabaw hanya bermula dengan 50 orang ahli sahaja pada peringkat awalnya, kini Team Karabaw bukan hanya ada di daerah Tamparuli tapi kami juga telah memperluaskan cawangan Team Karabaw sendiri di beberapa kawasan lain lagi. Jumlah keseluruhan Team Karabaw hingga kini adalah sekitar 300 ahli bila kita gabungkan ahli kita yang terdapat di kawasan-kawasan yang lain.
4. Apakah Visi dan Misi Team Karabaw sendiri?
- Visi Team Karabaw cawangan Tamparuli sendiri adalah untuk memajukan sukan seni mempertahankan diri di peringkat yang lebih tinggi di Sabah secara Amnya seterusnya di Tamparuli dan Tuaran. Fokus kami adalah untuk mempromosikan sukan seni mempertahankan diri ini dikalangan remaja dan belia untuk turut menyertai kami dalam memertabatkan sukan seni mempertahankan diri.
- Manakala merujuk kepada Misi pula, Misi Team Karabaw Tamparuli adalah
5. Sejauh manakah pencapaian Team Karabaw hingga ke hari ini? IKKB difahamkan Team Karabaw pernah sampai ke pertandingan bertaraf International?
- Pencapaian Team Karabaw Tamparuli setakat ini adalah kami pernah menghantar wakil untuk menyertai kejohanan tinju dunia WBC ( World Boxing Council ) 2017, dan juga One Silat ( 2016). Untuk penambahan lagi, beberapa Atlit Muay Thai Negeri adalah merupakan ahli Team Karabaw ini sendiri.
6. Dari aspek kewangan seperti dana, kita semua faham untuk memulakan sesuatu seperti penubuhan Team Karabaw sendiri memerlukan sejumlah dana, dan bagaimana Team Karabaw sendiri untuk menjana ataupun mendapatkan dana pada peringkat awal penubuhan Team ini?
- Pada peringkat awalnya, Team Karabaw sendiri hanya bermula dengan beberapa alat-alat yang Basic sahaja. Selain daripada itu, sokongan keluarga dan dorongan mereka juga antara dana yang menguatkan Team ini daripada permulaan hingga ke hari ini. Tidak lupa juga dalam penubuhan Team Karabaw ini sendiri, Head Coach Sensei Rayner Kinsiong adalah salah satu daripada individu yang penting dalam penubuhan kami pada awalnya.
7. Darpada apa yang IKKB faham MMA (Mix Martial Art) adalah gabungan beberapa cabang seni mempertahankan diri lalu dijadikan satu, so dalam Team Karabaw sendiri terdapat berapa jenis seni mempertahankan diri yang terdapat dan ditawarkan dalam Team ini sendiri?
- Terdapat beberapa seni mempertahankan diri yang ditawarkan dalam Team Karabaw Tamparuli sendiri. Antaranya ialah, Muay Thai, KickBoxing, Boxing, Karate, Taekwondo dan MMA. Namun begitu, buat masa ini hanya kelas MMA Muay Thai, KickBoxing, dan Grappling for MMA sahaja yang di tawarkan di Team Karabaw Tamparuli.
8. Selain daripada Tournament-tournament besar, adakah Team Karabaw sendiri menyertai mana-mana Liga perlawanan yang berlangsung setiap bulan ataupun minggu, yang dianjurkan oleh mana-mana badan sukan dan sebagainya?
- Team Karabaw secara menyeluruh terbuka untuk menyertai mana-mana kejohanan seperti KickBoxing , Muay Thai boxing, mahupun Muay Thai. Ini adalah dalam usaha untuk menaikan lagi martabat sukan tempur ini dikalangan belia dan remaja khususnya di Sabah dan Amnya di Malaysia.Ini juga adalah salah satu daripada inisiatif untuk mengelakan persepsi negatif dimana sukan ini dianggap ganas, kasar dan merbahaya. Team Karabaw juga cuba memaksimumkan penyertaan di mana-mana pertandingan khususnya di Sabah sendiri. Jesselton Fight League (JFL) merupakan kejohanan Liga MMA yang pertama telah diadakan di Sabah sendiri begitu juga dengan STAND (Kejohanan Amatur KickBoxing dan Boxing). Secara tidak langsung Team Karabaw adalah penganjur utama kejohanan tersebut yang dibantu oleh beberapa Gym lain dan syarikat perniagaan Borneo Majubina. Untuk pengetahuan juga, kejohanan tersebut diiktiraf oleh badan Akreditasi yang menyimpan rekod kejohanan seluruh dunia iaitu WOSF ( World Series Of Fight ).
9. Jika diberi peluang untuk Team Karabaw memperluaskan bidang sukan yang diceburi oleh Team ini sendiri, selain daripada persatuan sukan seni mempertahankan diri, apakah bidang sukan yang lain mungkin Team Karabaw berminat untuk mengembangkan penyertaan dan menceburi satu sukan yang lain seperti contoh mungkin Team Karabaw sendiri mahu menubuhan pasukan bola sepak atau sebagainya?
- Buat masa ini Team Karabaw fokus kepada sukan tempur sahaja. Walaubagaimana pun, kelas-kelas yang ditawarkan di hampir kesemua cawangan mempunyai kelas Fitness. Seperti contoh Team Karabaw cawangan Tamparuli menawarkan class Fitness dan Conditioning yang fokusnya kepada Body Weight Training dan Cardio Strenght. Team Karabaw Tamparuli juga ada menubuhkan kumpulan tarik tali yang di beri nama Karabaw Truli Tug Team.
10. Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai Team Karabaw, bagaimanakah ataupun apa yang mereka perlu lakukan untuk menyertai Team Karabaw?
- Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai Team Karabaw, senang saja. Mereka boleh hubungi Team Karabaw melalui Facebook yang tersedia mengikut kawasan-kawasan tertentu seperti Team Karabaw HQ (Kawasan KK), Team Karabaw Tamparuli, Team Karabaw Sipitang, Team Karabaw Putatan, Team Karabaw Papar, Team Karabaw Keningau dan juga Team Karabaw Lawas.
11. Ini adalah soalan terakhir daripad IKKB.blogspot, apa harapan Team Karabaw sendiri di masa hadapan?
- Harapan Team Karabaw adalah untuk menjadi peneraju dalam sukan tempur di Sabah khususnya, disamping mempromosikan sukan tempur ini dikalangan anak-anak muda di Sabah.Untuk tambahan, kami juga berharap dapat melahirkan atlit-atlit di peringkat Negeri, Kebangsaan mahupun Antarabangsa.
IKKB.blogspot mengucapkan Syabas atas semua kejayaan yang telah dicapai oleh Team Karabaw atas perjuangan mereka untuk memartabatkan sukan tempur di peringkat yang cukup membanggakan. Siapa sangka Team bertaraf International boleh ditubuhkan oleh anak-anak muda jati Sabah sendiri hingga membawa nama Sabah sampai ke pertandingan World Class dan sekaligus mempromosikan nama Sabah sendiri kan? Bah.. Sampai disini saja perkongsian mengenai Team Karabaw, siapa-siapa yang berminat jangan lupa hubungi dorang sertai dorang untuk bawa nama Sabah ke peringkat yang lebih jauh lagi okay? Jangan lupa share ini article kioo....
Penulis JJM x RBL
No comments:
Post a Comment